Tampilkan postingan dengan label lebih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lebih. Tampilkan semua postingan
GST Boleh Jadikan Harga Lebih Murah
Minggu, 23 Februari 2014

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia boleh menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah bagi banyak keperluan asas sekiranya kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sedia ada.
Cukai itu, yang dijangka dilaksanakan pada 2015, akan menyaksikan cadangan kadar empat peratus bagi menggantikan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan lima peratus cukai perkhidmatan yang diguna pakai sekarang.
GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan di semua tahap rantaian bekalan.
Sekiranya dilaksanakan, 40 keperluan makanan asas, termasuk beras, gula, susu tepung dan tepung akan disenaraikan sebagai barangan sifar cukai, manakala perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan, mungkin diklasifikasikan sebagai dikecualikan cukai.
Kebanyakan barangan ketika ini dikenakan cukai di bawah SST dan peralihan kepada GST akan meringankan beban golongan miskin, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, dipetik sebagai berkata.
GST akan memastikan harga barangan tidak akan meningkat.
Selain itu, tidak semua produk akan dikenakan cukai penuh di bawah cadangan GST kerana produk tertentu akan dikenakan hanya separuh daripada kadar GST.
“GST suatu yang perlu, ia bukan satu pilihan,” kata Mohd Irwan Serigar sambil menambah sekiranya rejim cukai baharu itu dilaksanakan, kerajaan yakin dapat mengurangkan defisit fiskal keluaran dalam negara kasar pada 2015 dan mencapai lebihan menjelang 2020.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan/Ketua Penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Zulkifli Hamzah berkata walaupun pelaksanaan GST mengakibatkan inflasi, ia hanya bagi tempoh jangka pendek kerana corak penggunaan dapat disesuaikan dari masa ke semasa.
“Kami menjangka GST akan membawa kesan inflasi sementara ke atas harga, sama dengan bukti yang ditemui di banyak negara yang telah memperkenalkan cukai itu.
“Kesan inflasi GST akan bergantung kepada kadar yang akan diputuskan, pengecualian dan langkah-langkah selari bagi mengurangkan kenaikan harga,” katanya kepada Bernama.
Jabatan Kastam Malaysia berpendapat kesan inflasi GST adalah minimum kerana barang makanan asas dan keperluan tidak akan dikenakan cukai manakala kemudahan awam akan dikecualikan.
Faktor lain ialah kos pengeluaran rendah kerana GST dibayar bagi input boleh dituntut oleh perniagaan, manakala penjimatan daripada kredit cukai input boleh disalurkan kepada pengguna dalam bentuk harga rendah.
GST, cukai penggunaan secara meluas, atau cukai tokokan nilai, kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Disember, 2009, untuk menggantikan SST sekarang, tetapi telah ditarik balik tahun lepas untuk pindaan.
Peralihan itu akan menjadi sebahagian daripada pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dan mencapai bajet seimbang neutral pada 2020, membantu negara mencapai ekonomi berpendapatan tinggi serta status negara maju.
Pakar ekonomi berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan tinjauan kerajaan.
Apabila dilaksanakan pada kadar tinjauan-neutral empat peratus, cukai baharu itu dianggarkan meraih tinjauan RM18 bilion, yang hampir sama dengan tinjauan RM16 bilion hingga RM17 bilion daripada cukai jualan dan perkhidmatan sekarang pada kadar purata tujuh peratus.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan GST dalam Belanjawan 2014 pada 25 Oktober ini.
GST akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia diumumkan. – BERNAMA
LEBIH 2 000 PENDUDUK SKUDAI JOHOR HADIR CERAMAH LIM GUAN ENG!!!!
Kamis, 30 Januari 2014

LOKASI: FOOD COURT TANG REN JIE, TAMAN UNGKU TUN AMINAH, SKUDAI, JOHOR BAHRU JOHOR.
TARIKH/WAKTU: 26hb Mac 2013 jam 9.00 malamTidak kurang 2,000 penduduk Skudai, Johor Bahru, Johor hadir untuk mendengar ucapan dan amanat dari Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng..Tanpa dipaksa dan diangkut .. Tidak ada cabutan bertuah maupun makanan dan minuman percuma, malahan hadirin diminta menyumbang wang ringgit bagi mengisi dana untuk misi menumbangkan UMNO/BN pada PRU 13 ini.
Mood rakyat kini cukup jelas... mau melakukan perubahan... mau PAS ganti UMNO dan PR ganti BN.
TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU SENYAP... NANTI JAWAP NAJIB JOHOR NAK LESAP!!!!!!!
dari blog Omakkau
Indah.com tidak bertanggungjawab bagi setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian penulis blog ini.
Remaja Amerika Lebih Rela Hilang Kereta Daripada Kehilangan iPhone!
Kamis, 19 Desember 2013
Gadget kini dianggap lebih menarik dibanding dengan kereta bagi remaja Amerika. Ketika disuruh memilih antara iPhone atau sebuah kereta, maka iPhone yang akan dipilih.

"Aku sentiasa duduk di rumah kecuali untuk latihan bola sepak, dan kemudian ibu atau ayah yang memandu," kata gadis 16 tahun bernama Allison Katz seperti dilapor Detroit News.
Pergeseran budaya di kalangan remaja ini merupakan hasil dari teknologi yang membuat remaja berhubung antara satu sama lain dan hal-hal lain tanpa perlu masuk ke kereta.
Bagi remaja terdahulu, memandu adalah bentuk kebebasan kerana boleh pergi ke mana saja dan melaku apa yang di mahukan serta bertemu dengan orang yang dikehendaki. Namun internet telah membuat hal itu tidak perlu dilakukan dengan keluar rumah. Di bilik pun boleh.
"Internet telah membuat kebebasan datang dengan antiklimaks," kata perunding trend marketing dan marketing syarikat perisian HubSpot Lindsey Kirchoff.
Kurangnya minat generasi muda dalam memandu ini akan memberi kesan jangka panjang yang serius untuk jualan automotif di masa depan.
Hal itu memang serius. Sebab, menurut data CNW Research, pemandu berusia 15-20 tahun pada tahun 1985 di Amerika telah menyumbang 3.4 peratus daripada jumlah jualan kereta baru atau kira-kira 500,000 kenderaan. Kini angka itu turun. Pada tahun lalu hanya 2 peratus yang disumbangkan remaja dalam jualan keseluruhan di Amerika atau 300,000 kenderaan.
Dahulu status sosial dilihat dari kereta apa yang digunakan, kini status itu sudah beralih. Bukan lagi membicarakan berapa horsepower yang dimiliki sebuah kereta, tapi berapa gigabite yang dimiliki sebuah alat iPad terbaru dengan paparan Retina lebih seksi berbanding BMW.
Menurut kaji selidik yang dilakukan Zipcar, tiga perempat daripada orang berusia 18-34 tahun kini lebih suka berbelanja online daripada ke kedai. Bila disuruh memilih antara lebih baik kehilangan telefon bimbit atau komputer atau kereta, maka 65 peratus menjawab lebih baik kehilangan kereta.
"Ini adalah generasi Xbox," kata Scott Griffith, bekas ketua eksekutif Zipcar. "Mereka mengatur kehidupan sosial mereka dengan mudah di jalan raya maklumat seperti yang kita lakukan di jalan raya berturap," katanya.
Pada tahun 1983, 69 peratus daripada remaja 17 tahun sudah mempunyai lesen. Angka itu kemudian turun menjadi hanya 46 peratus pada tahun 2010. -detik
[Sumber]

Langganan:
Postingan (Atom)